January 22, 2020

Cara-cara mendaftarkan pengguna baru yang ingin menggunakan simkad tonewow dan ingin mengekalkan nombor lama.

Siapa pengguna baru? 
Pengguna baru adalah pelanggan yang tak pernah join tonewow ini, termasuk pengguna toneexcel yang tak pernah menggunakan tonewow lagi. Mereka ini, jika nak menggunakan simkad tonewow dan nak mengekalkan nombor lama, mereka kena guna simkad lite-MNP.

Jadi terdapat 2 kes disini.

Kes Pertama : Pengguna baru tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain, seperti Maxis, Celcom, TuneTalk, U-Mobile dll.(Tidak termasuk Digi)

Kes Kedua : Pengguna baru tonewow yang ingin mengekalkan nombor ToneExcel mereka. Yang ini tak boleh didaftarkan dibawah anda. Mereka akan kekal dibawah rangkaian asal mereka.

Kes Pertama: Pengguna baru tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain

Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah simkad tonewow – Lite Pack (MNP).

2. Pastikan anda salin dahulu 
a) no. SN iaitu 11 nombor terakhir yang terdapat di belakang simkad Lite Pack (MNP).
b) PUK simkad iaitu 8 nombor PUK yang juga ada di belakang simkad Lite Pack (MNP).
c) Nombor lama dan syarikat telekomunikasi lama beliau.

3. Kemudian, ambil gambar IC pelanggan anda secara menegak. Pasti gambar kelihatan jelas no. ic, nama penuh dan alamat penuh, jangan ada silau.

4. Buka applikasi Mywow anda dan klik di Registration.

5. Selepas itu, klik dibahagian Register 

6. Selepas itu, klik terus di Gallery

7. Pilih gambar IC pelanggan anda yang mula2 anda ambil tadi.

8. Adjust bucu putih hingga ke bucu gambar IC tersebut, selepas itu klik ‘tanda right’.

9. Selepas itu klik ‘Send OCR’ 

10. Sila periksa betul-betul nombor IC yang diberikan, jika betul barulah anda klik CONFIRM 

11. Dibahagian ini, sila lihat di SEMUA bahagian bertanda * sahaja.

– Terutama Fullname* jika tidak betul, anda boleh betulkan disitu.

– Dibahagian email* jika anda tidak tahu email pelanggan anda, isikan sahaja dengan Na@gmail.com 

– Jika ada pemberitahuan yang poskod adalah ‘Invalid Poscode’, ubah poskod kepada tempat yang berhampiran, sehingga keluar sendiri dibahagian Town* dan State*. 

– Utk bahagian Billing Address anda boleh klik 2 kali di bahagian Use document address 

– Selepas itu anda klik Next.

12. Selepas itu, ia akan keluar seperti dibawah ini. 

– Dibahagian SIM Serial number* masukkan 11 digit terakhir serial number yang diambil daripada belakang simkad Lite MNP. Selepas itu klik 2 kali dibahagian Verify SIM Serial sehingga keluar perkataan LITE Pack (MNP)

– Jika keluar selain daripada LITE Pack (MNP) ini bermakna anda menggunakan simkad yang salah. 

– SIM PUK* juga diperolehi di belakang simkad Lite MNP anda.

– Tolak button berwarna Hijau ke kenan.

– Mobile number (For Mobile Number Port-IN) dengan nombor lama yg ingin dikekalkan.

– Current Service Provider adalah line lama yg digunakan seperti Maxis/Celcom dll. Didalam contoh ini katalah pelanggan anda menggunakan line Maxis. 

– Di bahagian Promoter Information masukkan no. id Tonewow TWE anda, kemudian klik 2 kali dibahagian Check sehingga keluar nama anda. 

– Jika tidak keluar nama anda, ini bermakna anda telah memasukkan nombor id yang salah, masukkan semula id anda yang betul.

– Selepas tu anda klik Next.

13. Dibahagian ini anda tidak perlu isi apa2, terus sahaja klik Next.

14. Dibahagian ini, anda hanya tolak kedua2 button berwarna hijau ke kanan dan klik Register 

15. Sehinggalah keluar penyataan seperti dibawah ini. 

16. Bila sampai ketahap ini barulah anda serahkan simkad tersebut pelanggan anda.

17. Tidak lama lagi syarikat telekomunikasi lama mereka akan menghantar satu SMS yang dipanggil SMS Pengesahan kedalam simkad lama untuk mengesahkan yang ia benar2 ingin berpindah kepada ToneWOW.

18. SMS Pengesahan perlu dijawab dengan betul mengikut arahan yang diberikan dan dalam masa yang ditetapkan. 

19. Setelah menjawab SMS Pengesahan tersebut, pelanggan perlu menunggu sehingga simkad lama tidak boleh digunakan lagi.

20. Apabila simkad lama sudah tidak boleh digunakan lagi, barulah masukkan simkad Tonewow Lite-MNP kedalam handphone. Dan sekarang simkad tersebut sudah pun menggunakan nombor daripada simkad yang lama. 

21. Panduan cara menjawab SMS Pengesahan ada diberikan disini. Panduan Pengguna untuk Kekal Nombor Lama. SMS Pengesahan

22. Sekiranya selepas 2 hari, masih belum menerima SMS Pengesahan, ini bermakna permohonan tersebut telah gagal. 

23. Jika permohonan gagal, anda perlu mengetahui sebabnya. Jika disebabkan pelanggan tersebut terlambat untuk menjawab semula SMS yang dihantar oleh Syarikat Telekomunikasi mereka, maka anda perlu memohon semula menggunakan applikasi Mywow anda. Maklumat SN, PUK dan gambar IC telah pun anda ambil diperingkat awal.

Leave a Reply