January 22, 2020

Cara-cara untuk mengekalkan nombor lama bagi pengguna simkad tonewow yang sedia ada

Siapa pengguna simkad Tonewow? 
Sesiapa sahaja yang sedang menggunakan simkad tonewow, termasuk agen toneexcel yang telah meng-hiwow-kan simkad tonewow mereka kedalam id toneexcel sebelum ini. Maksudnya kawan ni ada 1 id 2 nombor, 1 nombor toneexcel, satu lagi nombor tonewow. Mereka ini kena menggunakan simkad Special-MNP 

Jadi terdapat 2 kes disini.
Kes Pertama: Pengguna Tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain, seperti Maxis, Celcom, TuneTalk, U-Mobile dll. (Tidak termasuk Digi)

Kes Kedua: Pengguna Tonewow yang ingin mengekalkan nombor ToneExcel mereka.

Kes Pertama: Pengguna Tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain. 
Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah Simkad Special MNP.

2. Pastikan anda salin dahulu.
a) no. SN iaitu 11 nombor terakhir yang terdapat di belakang simkad Lite Pack (MNP). 
b) PUK simkad iaitu 8 nombor PUK yang juga ada di belakang simkad Lite Pack (MNP). 
c) Nombor lama dan syarikat telekomunikasi lama beliau. 

3. Masuk kedalam applikasi Mywow anda, klik di Registration dan kemudian di ToneWOW MNP Submission.

4. Dibahagian ini, masukkan ID tonewow pelanggan anda, dan klik Check 2 kali

5. Pilih Current Service Provider – Iaitu telko/line yang digunakan sekarang.
6. Masukkan Phone Number* iaitu nombor lama yang ingin dikekalkan.
7. Masukkan SN dan PUK dari Simkad Special -MNP.
8. Klik Submit MNP Now. 
9. Klik ok pada pengesahan.

10. Apabila selesai, pesan kepada pelanggan anda, tidak lama lagi syarikat telekomunikasi lama mereka akan menghantar satu SMS yang dipanggil SMS Pengesahan kedalam simkad lama untuk mengesahkan yang dia benar2 ingin berpindah kepada ToneWOW.

11. SMS Pengesahan perlu dijawab dengan betul mengikut arahan yang diberikan dan dalam masa yang ditetapkan. 

12. SETELAH menjawab SMS Pengesahan tersebut, pelanggan perlu menunggu sehingga simkad lama tidak boleh digunakan lagi.

13. Apabila simkad lama sudah tidak boleh digunakan lagi, BARULAH masukkan simkad Tonewow Special -MNP kedalam handphone. Dan sekarang simkad tersebut sudah pun menggunakan nombor daripada simkad yang lama. 

14. Suruh mereka rujuk cara-cara menjawab SMS pengesahan di www.panduantw.com/sms

15. Apabila berjaya perpindahan nombor lama ke simkad special-mnp tersebut, maka simkad Special-MNP ini akan jadi simkad utama (primary) dan simkad tonewow asalnya yang lama akan menjadi simkad kedua (Secondary).

16. Didalam tonewow, JAGA !, jangan sampai simkad primary expired. Jika expired, seluruh akaun akan jadi expired, sampai komisyen pun akan hangus.

17. Simkad secondry, semuanya ok, nak terus guna pun ok, dan expired kan pun ok, nak buang terus pun ok, tiada masalah, ia tidak mengganggu akaun toneow anda, id TWE-xxxxx tetap akan hidup, dan komisyen kalau ada, tetap akan dapat.

Kes Kedua:
1. Dia sudah ada simkad tonewow bernombor, dulu dia buat HIWOW bernombor dan dia juga sudah ada akaun tunetalk/toneexcel. Kedua-dua nombor ini hanya menggunakan satu id sahaja, katalah id nya adalah TWE-xxxxx.

2. Katalah dalam toneexcel dan dalam tonewow, kedua2nya dia sudah dapat komisyen setiap bulan. 

3. Tiba-tiba dia nak kekal nombor tunetalk/ToneExcel dia kedalam simkad Tonewow. Dia dah tak mahu lagi gunakan simkad tonewow bernombor tu.

4. Simkad yang perlu anda gunakan adalah Simkad Special MNP.

5. Masuk kedalam applikasi Mywow anda, klik di Registration dan kemudian di ToneWOW MNP Submission.

6. Dibahagian ini, masukkan ID tonewow pelanggan anda, dan klik Check 2 kali.

7. Pilih Current Service Provider – Iaitu TUNETALK.
8. Masukkan Phone Number* iaitu nombor toneexcel yang ingin dikekalkan.
9. Masukkan SN dan PUK dari Simkad Special -MNP.
10. Klik Submit MNP Now. 
11. Klik ok pada pengesahan.
12. Apabila selesai, pesan kepada pelanggan anda yang dia tidak lama lagi dia akan menerima satu SMS daripada TUNETALK. Ikut betul-betul arahan dalam SMS tu. Kalau tak salah saya, dulu cara menjawabnya, hantar satu message Y sahaja ke nombor 2233. Bukan dengan reply SMS tu, tetapi hantar ke nombor 2233.

13. SETELAH menghantar Y ke nombor 2233, pelanggan perlu menunggu sehingga simkad toneexcel tidak boleh digunakan lagi.

14. Apabila simkad toneexcel sudah tidak boleh digunakan lagi, BARULAH masukkan simkad Tonewow Special -MNP kedalam handphone. Dan sekarang simkad tersebut sudah pun menggunakan nombor daripada simkad yang lama. 

15. Kalau mereka terlupa, suruh mereka rujuk cara-cara menjawab SMS pengesahan di www.panduantw.com/sms

16. Apabila berjaya perpindahan nombor lama ke simkad special-mnp tersebut, maka simkad Special-MNP ini akan jadi simkad utama (primary) dan simkad tonewow bernombornya yang lama akan menjadi simkad kedua (Secondary).

17. Didalam tonewow, JAGA !, jangan sampai simkad primary expired. Jika expired, seluruh akaun akan jadi expired, sampai komisyen pun akan hangus.

18. Simkad secondry, semuanya ok, nak terus guna pun ok, dan expired kan pun ok, nak buang terus pun ok, tiada masalah, ia tidak mengganggu akaun toneow anda, id TWE-xxxxx tetap akan hidup, dan komisyen dari kedua-duanya kalau ada, tetap akan dapat.

Leave a Reply